Wednesday, August 11, 2010

masjid tanaem


kami sampai ke mekah dahulu maka selesai umrah keesokan paginya kami perlu melakukan mikat di kawasan tanah halal. yang terdekat mesjid tanaem 7 km dari mekah. menyewa kereta kosnya 50 rial (pergi balik kena tawar menawar lagi) katanya ..tapi takut dia hantar pergi balik kena tinggal( jahatnya hati aku) rupanya tak begitu . Kalau naik van lebih kurang 3 rial sekali lalu. Masjid ini banyak sejarahnya dan sejak zaman otoman dah banyak perubahan. Semua mesjid aircondition. Tanda mikat zaman otoman masih kelihatan di tengah highway. Oh ya kalau ke tandas biasalah macam tandas mesjid kat Malaysia rupanya..




6 comments:

  1. Teringat masa mengerjakan Haji dulu sekarang khabarnya dah lebih mudah dan moden, mudah-mudahan ade rezeki lara dan keluaraga dapat ke sana lagi.

    Tandas? Masalah negara,tandas awam di Malaysia sebegitu rupa sebab ramai yg buat tandas tu macam tandas kat rumah mereka.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dino,
    Blog yang sangat menarik, saya mengikuti blog saudara dengan sangat minat. Sebagai orang seni saya merasa tulisan dan lukisan Dino sangat spontan dan bersahaja ikhlas dari hati. Teruskan.

    ReplyDelete
  3. nora lara ,
    wah dah nak kedua kali macam addiction tapi memang betul perasaan tu. Memang lebih mudah tapi tok arab kat airport tu sama aje birokrasinya..

    kenapa yek tandas mesjid kotor??

    ReplyDelete
  4. aznimatisa,
    terima ksih atas lawatan anda dan terimakasih komen yg memberangsangkan tapi ni hobi tak boleh cari makan...

    ReplyDelete
  5. Saudara Dino,
    Mungkin 1 hari kelak lukisan dan tulisan saudara boleh di bukukan dan menjadi best seller seperti kartunis Lat. Lukisan itu mengingatkan saya pengalaman mengajar subjek seni kepada pelajar orang asli supaya menterjemahkan pengalaman mereka ke atas kertas lukisan. Maka dari situ saya dapat melihat keindahan kebun tanaman orang asli dan gaya kehidupan mereka di pendalaman. Malang sekali saya tidak membuat salinan pada lukisan itu apabila saya berpindah sekolah. Teruskan melukis!

    ReplyDelete
  6. Aznimatisa,
    terimakasih, di dunia melayu best seller kalau novel cinta ..tapi betul tu lukisan kadangkala lain dari penulisan kerana lukisan dari hati (walaupun tak cantik)penulisan banyak orang yang tak tahu mengarang macam saya ni tak kesampaian masejnya. Tapi di blog saya nampak banyak org boleh mengarang dengan baik termasuk blog anda. Apa yang cikgu buat itu amat penting menyuruh pelajar melukis dari hati...itu yg terbaik dan kreatif. teruskan mengajar.

    ReplyDelete