entah kenapa ayah semakin emosional
ayah semakin lupa,
doktor kata alzheimer's
ayah kadangkala semakin bengkeng
kasihan mak yang buat itu dan ini,
makan minum, ayah hanya tenung pada mak,
kunci rumah pun ayah dah lupa,
apatah lagi nak bayar bil letrik,
peliknya ayah tak lupa cangkul,
ayah tak lupa koran buruknya,
ayah tak lupa sejadah dan serban nya,
ayah bercerita pasal perang Jepunnya yang berulang ulang bosan lagaknya,
kadang kala ayah menangis melihat kami tersembul sedikit dari laluan biasa,
tapi ayah percayalah,
kami tak pernah lupa
ajaran koran yang ayah ajar selepas solat maghrib,
lagu azan yang ayah dendangkan
ajaran sejarah dan bahasa yang ayah tekankan
sabar ayah menunggu untuk sembahyang jemaah
kasih sayang pada anak dan isteri
mahupun membanting tulang untuk membela nasib keluarga
mungkin ingatan ayah dah tak ada tapi
percayalah ingatan itu kini berada di fikiran kami
kami tak akan lupakan untuk ayah
semuga esok ingatan ini akan berlarutan ke cucu ayah
terimakasih ayah
selamat berjuang kami ucapkan untuk ayah melalui liku hadapan
terimakasih mak kerana berada disisinya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat berkenalan Dino, Kg. Bintang dgn Mampan, x lah jauh. sya pun hari2 lalu kat bintang kalau ke bandar. Pak Cik ucapkan selamat berblog untuk mencari keredhaan Allah.
ReplyDeleteSalam. Kuntong.
Salam. Menarik juga blog ini. Anda dianugerahi bakat melukis dan menulis. Teruskan berkarya. Ayah dan Ibu dua insan yang banyak berjasa kepada kita. Meskipun mereka tidak sempurna sering juga melakukan kesilapan tapi itulah resam manusia. Ada antara kesilapan mereka jangan kita ulang, jadikan pengajaran. Kebaikan mereka kita jadikan panduan,, pesan-pesankan kepada anak-anak kita.
ReplyDeletesalam Dino..
ReplyDeletewah..mula kata..saya terkesima membaca puisi untuk ayah ini..
ayah dan ibu adalah permulaan kita..
tanpa mereka tiadalah kita..
alangkah bagusnya andai kita sentiasa dpt bahagiakan mereka..
kerana mengembirakan hati ibubapa adalah rahsia kunci kebahagiaan..
p/s dina terlalu merndah diri..anda sungguh berbakat..ikhlas..
maaf..bukan dina..tapi dino...
ReplyDeletebujang susah,
ReplyDeletesaya tertarik dengan ideologi dan komen politik anda. akan saya ikuti semuanya.
kuntong,
ReplyDeletedari pekan air hitam, yong peng , pt sulong ke parit simen dan semerah di bawah jajahan saya berbasikal dulu. pernah jual ragi dengan nenek di pekan parit sulong. Dapat jumpa orang kampong memang membahagiakan terima kasih.
idalara,
ReplyDeletesaya tak biasa berpuisi tetapi apa-apa seni saya suka hanya satu saya tak boleh buat menyanyi dan bermain alat musik. setakat tiup daun kelapa bolehlah. dah cuba menyanyi MEMANG tak boleh. jadi seni ini lah saya buat secara kecil kecilan. nasib baik ada blog kalau tak saya simpan sampai mati....kempunan..
Masterzizoul,
ReplyDeleteblog anda tak kurang menariknya terima kasih atas kunjungan anda. Bila dah tuan kita sibuk menguruskan keluarga sampai kekadang tertinggal orang yang membesarkan kita. mereka ini pulak macam kita dah tua makin sensitif jiwanya..harap kita tak banyak menguris hati mereka.