Sunday, September 27, 2009

Parit Besar bagan


Selamat hari raya semua . saya dapat balik kampung raya...ayahoo. Pegi Pt besar bagan nampak kedai basikal saya dulu... Kalau pancit kedai nilah ynag betulkan ..malangnya inilah satu kedai seberang jalan yang tinggal sebelahnya dah roboh. maklumlah kat BP dah ada Carrefour, Parkson tak mainlah kedai basikal ni.. saya lakarkan unutk kenangan takut tahun depan dah tak de..Kampungku dah berubah.. oh tua nya saya...

Thursday, September 17, 2009

Sunday, September 13, 2009

akhir ramadan


hampir sebulan berpuasa aku masih bergelut untuk memperbanyakan ibadat. Satu perjuangan yang sukar dan pendakian yang mencabar. Anak bongsuku beriya sangat nak belajar mengaji yasin sedangkan baru belajar iqra' ... Isteriku melayannya...

Friday, September 4, 2009

ba...lik..kampung...


puasa setengah bulan raya menjelang balik kampung jadi ingatan. Saya lakarkan lukisan kg bagan tempat ikan mendarat.....

Wednesday, September 2, 2009

obama


Lama saya tak dengar berita Presiden Obama. Semasa menjadi presiden Amerika banyak sungguh harapan Muslim padanya. Beliau di anggap banyak menyediakan perubahan unutk Amerika. Namun setelah menjadi Presiden selama beberapa bulan agak menghampakan. Semalam beliau mengadakan jamuan berbuka puasa di white house dan sama bunyinya ingin menjalin persahabatan dengan dunia Islam. Hakikatnya Israel masih meluaskan jajahannya kem gitmo masih seperti biasa. Iraq, Afghanistan dan Pakistan masih bergolak. Negara Arab masih di bawah gengamanya. Orang Islam masih di pergula gulakan lagi. Orang Islam kena bangun sendiri bukan mengharapkan orang. Ekonomi , pengetahuan dan peningkatan hidup dan berdisplin nadi utama. Allah menyediakan bulan ramadhan untuk kita berfikir dan memulakan penghidupan semula kalau tak cukup ada Hijrah, namun hakikatnya orang Islam dan pemimpinnya masih tidur.

Tuesday, September 1, 2009

untuk ayah di bulan ramadan ( terimakasih mak)

entah kenapa ayah semakin emosional
ayah semakin lupa,
doktor kata alzheimer's
ayah kadangkala semakin bengkeng
kasihan mak yang buat itu dan ini,
makan minum, ayah hanya tenung pada mak,

kunci rumah pun ayah dah lupa,
apatah lagi nak bayar bil letrik,

peliknya ayah tak lupa cangkul,
ayah tak lupa koran buruknya,
ayah tak lupa sejadah dan serban nya,
ayah bercerita pasal perang Jepunnya yang berulang ulang bosan lagaknya,

kadang kala ayah menangis melihat kami tersembul sedikit dari laluan biasa,

tapi ayah percayalah,

kami tak pernah lupa
ajaran koran yang ayah ajar selepas solat maghrib,
lagu azan yang ayah dendangkan
ajaran sejarah dan bahasa yang ayah tekankan
sabar ayah menunggu untuk sembahyang jemaah
kasih sayang pada anak dan isteri
mahupun membanting tulang untuk membela nasib keluarga


mungkin ingatan ayah dah tak ada tapi
percayalah ingatan itu kini berada di fikiran kami
kami tak akan lupakan untuk ayah

semuga esok ingatan ini akan berlarutan ke cucu ayah

terimakasih ayah
selamat berjuang kami ucapkan untuk ayah melalui liku hadapan
terimakasih mak kerana berada disisinya...

rumah kedai


Hari ni aku ada mood nak berblog. Ini merupakan rumah jiranku rumah kedai melayu dua tingkat daripada kayu di bagan batu pahat. dah tak ada yang macam ni. susah nak cari peniaga melayu lagi macam ni. Denagn adanya tesco, giant, carrefour tutup kedai lah jawabnya. semuga anda terhibur menatap wajah terakhir rumah kedai Melayu.

Iran


President Ahmadenejad merupakan presiden Iraq yg baru di lantik. Pernah di label sebagai paksi kejahatan dunia oleh Presiden Bush. beliau nampaknya popular semasa era Bush. Sokongan nya bertambah apabila membina Loji Nuklear. Namun Bush dah tak ada. Rakyat Amerika dah meluat melihat muka Bush dan Obama pula mengantikannya . Sekelip mata dunia terubat. Nasib Ahmadenejad pula sama . Merosot sokonganya . di sana sini rakyat iran mahukan pembahruan. Retorik lama tak menjadi lagi. Nampaknya hitam dan putih sama saja saling memerlukan. Tak ada hitam tak ada putih lemah hitam lemahlah putih. Malaikat dan Iblis mesti ada bersama. Ying dan Yang mesti ada. Manusia terlalu mudah untuk di corakan dan di fahami.