Wednesday, October 7, 2009

restoren melayu daaaa..


sebelum berbuka semasa bulan puasa semalam aku menunggu anak anak ku pergi kelas tusien di hadapan restoren Melayu kepunyaan artis Melayu. Aku tengok Minah waitress ni di depan restaurant berat bontot betul. Berborak selama setengah jam, tak pernah diri, pelanggan masuk pun dia tetap di depan ..memang cute minah ni tak lama lagi aku rasa dia masuk TV ke akademi fantasia ke..jiwanya tak sesuai betul kerja kat restoren ni..kalu macam ni alamatnya bungkuslah ..tapi agaknya sedara taukeh kot. Sebelahnya restauran nasi kandar..tak ada pulak pekerjanya ynag menebeng..jadi aku lakarkan lah minah ni best betul boleh posing setengah jam geng...bak kata P Ramlee Restoren Melayu daaaaa...

Sunday, September 27, 2009

Parit Besar bagan


Selamat hari raya semua . saya dapat balik kampung raya...ayahoo. Pegi Pt besar bagan nampak kedai basikal saya dulu... Kalau pancit kedai nilah ynag betulkan ..malangnya inilah satu kedai seberang jalan yang tinggal sebelahnya dah roboh. maklumlah kat BP dah ada Carrefour, Parkson tak mainlah kedai basikal ni.. saya lakarkan unutk kenangan takut tahun depan dah tak de..Kampungku dah berubah.. oh tua nya saya...

Thursday, September 17, 2009

Sunday, September 13, 2009

akhir ramadan


hampir sebulan berpuasa aku masih bergelut untuk memperbanyakan ibadat. Satu perjuangan yang sukar dan pendakian yang mencabar. Anak bongsuku beriya sangat nak belajar mengaji yasin sedangkan baru belajar iqra' ... Isteriku melayannya...

Friday, September 4, 2009

ba...lik..kampung...


puasa setengah bulan raya menjelang balik kampung jadi ingatan. Saya lakarkan lukisan kg bagan tempat ikan mendarat.....

Wednesday, September 2, 2009

obama


Lama saya tak dengar berita Presiden Obama. Semasa menjadi presiden Amerika banyak sungguh harapan Muslim padanya. Beliau di anggap banyak menyediakan perubahan unutk Amerika. Namun setelah menjadi Presiden selama beberapa bulan agak menghampakan. Semalam beliau mengadakan jamuan berbuka puasa di white house dan sama bunyinya ingin menjalin persahabatan dengan dunia Islam. Hakikatnya Israel masih meluaskan jajahannya kem gitmo masih seperti biasa. Iraq, Afghanistan dan Pakistan masih bergolak. Negara Arab masih di bawah gengamanya. Orang Islam masih di pergula gulakan lagi. Orang Islam kena bangun sendiri bukan mengharapkan orang. Ekonomi , pengetahuan dan peningkatan hidup dan berdisplin nadi utama. Allah menyediakan bulan ramadhan untuk kita berfikir dan memulakan penghidupan semula kalau tak cukup ada Hijrah, namun hakikatnya orang Islam dan pemimpinnya masih tidur.

Tuesday, September 1, 2009

untuk ayah di bulan ramadan ( terimakasih mak)

entah kenapa ayah semakin emosional
ayah semakin lupa,
doktor kata alzheimer's
ayah kadangkala semakin bengkeng
kasihan mak yang buat itu dan ini,
makan minum, ayah hanya tenung pada mak,

kunci rumah pun ayah dah lupa,
apatah lagi nak bayar bil letrik,

peliknya ayah tak lupa cangkul,
ayah tak lupa koran buruknya,
ayah tak lupa sejadah dan serban nya,
ayah bercerita pasal perang Jepunnya yang berulang ulang bosan lagaknya,

kadang kala ayah menangis melihat kami tersembul sedikit dari laluan biasa,

tapi ayah percayalah,

kami tak pernah lupa
ajaran koran yang ayah ajar selepas solat maghrib,
lagu azan yang ayah dendangkan
ajaran sejarah dan bahasa yang ayah tekankan
sabar ayah menunggu untuk sembahyang jemaah
kasih sayang pada anak dan isteri
mahupun membanting tulang untuk membela nasib keluarga


mungkin ingatan ayah dah tak ada tapi
percayalah ingatan itu kini berada di fikiran kami
kami tak akan lupakan untuk ayah

semuga esok ingatan ini akan berlarutan ke cucu ayah

terimakasih ayah
selamat berjuang kami ucapkan untuk ayah melalui liku hadapan
terimakasih mak kerana berada disisinya...

rumah kedai


Hari ni aku ada mood nak berblog. Ini merupakan rumah jiranku rumah kedai melayu dua tingkat daripada kayu di bagan batu pahat. dah tak ada yang macam ni. susah nak cari peniaga melayu lagi macam ni. Denagn adanya tesco, giant, carrefour tutup kedai lah jawabnya. semuga anda terhibur menatap wajah terakhir rumah kedai Melayu.

Iran


President Ahmadenejad merupakan presiden Iraq yg baru di lantik. Pernah di label sebagai paksi kejahatan dunia oleh Presiden Bush. beliau nampaknya popular semasa era Bush. Sokongan nya bertambah apabila membina Loji Nuklear. Namun Bush dah tak ada. Rakyat Amerika dah meluat melihat muka Bush dan Obama pula mengantikannya . Sekelip mata dunia terubat. Nasib Ahmadenejad pula sama . Merosot sokonganya . di sana sini rakyat iran mahukan pembahruan. Retorik lama tak menjadi lagi. Nampaknya hitam dan putih sama saja saling memerlukan. Tak ada hitam tak ada putih lemah hitam lemahlah putih. Malaikat dan Iblis mesti ada bersama. Ying dan Yang mesti ada. Manusia terlalu mudah untuk di corakan dan di fahami.

Friday, August 14, 2009

keronchong untuk M Nasir


Aku dengar bulan lepas konsert M Nasir habis laku kat istana budaya..Aku tak sempat tengok pun sebab ke oversea. Lalu au teruja bila M nasir nak buat konsert lagi kat stadium negara??Alamak aku kata kat stadium macam konsert rock ella aje bunyinya ..pengemar M Nasir banyak dah tua papa rock macam diri ku tak kuasa nak ke stadium ..aku pun batalkan niat aku. tiiba tiba di beritahu konsertnya di batalkan juga. kenapa?agaknya semua peminat nya macam fikirannya aku juga ke..kesian mnasir ..aku cuma nak dengar lagu keronchong untuk ana lirik oleh s aminsahab yang masih sibuk menyiapkan lukisan 1 km dia kat balai seni lukis. berborak panjang aku dengan amin sahab sambil makan lempeng dangan sambal ikan tumis di kafe BSL. Okelah Nasir aku nasihatkan buat lagi kat istana budaya insyallah aku dtg..stadium susahlah..untung sikit sikit sudah lah beb ..orang pagoh muar belanja tak besar..

Monday, August 10, 2009

mahathir


mahathir di hiroshima. tabik betul mantan ni berumur 86 tahun dan masih bergaya juga isterinya. Orang yang telah mewarnakan malaysia. Banyak kawan dan lawan. Tak banyak pemimpin begini tapi ada masalahnya yang kita tanggung hingga kini.....

Monday, July 27, 2009

Bruce Lee

Bruce lee seorang lagenda cina yg di minati ramai seluruh dunia. lakunannya saya suka ornag putih semua jahat, tak tau bahasa inggeris, cakap sikit, banyak lawan. Emosinya tak dapat di kawal selalunya kalu mak bapaknya mati di tembak kolonial di hong kong atau cina. Ewah ..memang seronok. hakikatnya. bruce lee tinggal di hollywood, bininya mat saleh, tak fasih sangat bahasa mandrin, matinya juga legenda ada desas desus terlebih dadah?.. Apa yg kita belajar. 1. Orang Cina tak pernah cakap buruk pasal Bruce lee, yg buruk di lupakan. 2. kalau nak berjaya kena jadi proksi. 3. permainan perkauman memang laku dan orang cina amat gemar permainan ini. orang melayu entah kemana...

Wednesday, July 22, 2009

PPSMI apa kata pak unku


saya kurang arif terhadap PPSMI tetapi saya bersetuju benar PPSMI di mansuhkan serta merta. Saya ada dua anak dan agak sukar untuk mengajar math dalam bahasa inggeris terutama bahagian problem solving. Ini menyusahkan. ...saya enggan memikirkan pasal orang kampung tetapi cukuplan pengalaman sendiri. Walaupun anak saya fasih berbahasa inggeris tetapi bukan bahasa ibunda amat sukar untuk memikirkan dalam bahasa inggeris. Jadi bersetuju benar saya dgn pak unku dan menarik bila mandrin itu sebenarnya bahasa melayu yg di pinjam oleh Portugis? Banyak jugak pengaruh Melayu , tapi di negara kita tak ada perkataan kuih Melayu dah semuanya kuih Nonya..Seri Muka pun jadi kuih Nyonya..aduh ..Nasi goreng Melayu tak ada yg ada nasi goreng cina, india mamak dan kampung...apa nak jadi ni....

Friday, July 17, 2009


aku melakarkan ini semasa lampu isyarat di jalan merah di ampang dan lampu isyarat yang paling lama di dunia...aku dapat lakarkan papan iklan yang banyak dan menjijikan pemandangan di sekitar ampang.

Sunday, July 12, 2009

Mikail Jackson?


Jadi dalam masa hayat saya terdapatlah seorang penyanyi pop yg terkenal meninggal dunia..memang tak sah kalau orang tak kenal siapa micheal jackson dan matinya seornag muslim? tetapi harus di ingat kebanyakan orang kulit hitam di amerika tu memangnya seorang muslim asalnya. Kontroversi ya lah kalau kuilit hitam tu banyak sangat kontroversinya kalau madonna, britney semuanya mudah di lupakan..artis kalau tak ada kontroversi bukan artisnamanya. Tak pa lah alfatihah untuk mikail jackson.

selamat datang ke laman lukisan saya

saya melukis dan melakar dalam bahasa melayu dan hanya menggunakan pen dan kertas putih tanpa warna kalau boleh..

blog melayu sketch

aku mulakan blog ini untuk isi hatiku seorang melayu dan mencari identiti sebenar untuk masadepan sambil aku melakarkan di kertas putih segala pemandangan yang di hadapan ku. Idea Malaysketch berasal dari buku tulisan frank swetnham