Monday, July 27, 2009

Bruce Lee

Bruce lee seorang lagenda cina yg di minati ramai seluruh dunia. lakunannya saya suka ornag putih semua jahat, tak tau bahasa inggeris, cakap sikit, banyak lawan. Emosinya tak dapat di kawal selalunya kalu mak bapaknya mati di tembak kolonial di hong kong atau cina. Ewah ..memang seronok. hakikatnya. bruce lee tinggal di hollywood, bininya mat saleh, tak fasih sangat bahasa mandrin, matinya juga legenda ada desas desus terlebih dadah?.. Apa yg kita belajar. 1. Orang Cina tak pernah cakap buruk pasal Bruce lee, yg buruk di lupakan. 2. kalau nak berjaya kena jadi proksi. 3. permainan perkauman memang laku dan orang cina amat gemar permainan ini. orang melayu entah kemana...

Wednesday, July 22, 2009

PPSMI apa kata pak unku


saya kurang arif terhadap PPSMI tetapi saya bersetuju benar PPSMI di mansuhkan serta merta. Saya ada dua anak dan agak sukar untuk mengajar math dalam bahasa inggeris terutama bahagian problem solving. Ini menyusahkan. ...saya enggan memikirkan pasal orang kampung tetapi cukuplan pengalaman sendiri. Walaupun anak saya fasih berbahasa inggeris tetapi bukan bahasa ibunda amat sukar untuk memikirkan dalam bahasa inggeris. Jadi bersetuju benar saya dgn pak unku dan menarik bila mandrin itu sebenarnya bahasa melayu yg di pinjam oleh Portugis? Banyak jugak pengaruh Melayu , tapi di negara kita tak ada perkataan kuih Melayu dah semuanya kuih Nonya..Seri Muka pun jadi kuih Nyonya..aduh ..Nasi goreng Melayu tak ada yg ada nasi goreng cina, india mamak dan kampung...apa nak jadi ni....

Friday, July 17, 2009


aku melakarkan ini semasa lampu isyarat di jalan merah di ampang dan lampu isyarat yang paling lama di dunia...aku dapat lakarkan papan iklan yang banyak dan menjijikan pemandangan di sekitar ampang.

Sunday, July 12, 2009

Mikail Jackson?


Jadi dalam masa hayat saya terdapatlah seorang penyanyi pop yg terkenal meninggal dunia..memang tak sah kalau orang tak kenal siapa micheal jackson dan matinya seornag muslim? tetapi harus di ingat kebanyakan orang kulit hitam di amerika tu memangnya seorang muslim asalnya. Kontroversi ya lah kalau kuilit hitam tu banyak sangat kontroversinya kalau madonna, britney semuanya mudah di lupakan..artis kalau tak ada kontroversi bukan artisnamanya. Tak pa lah alfatihah untuk mikail jackson.

selamat datang ke laman lukisan saya

saya melukis dan melakar dalam bahasa melayu dan hanya menggunakan pen dan kertas putih tanpa warna kalau boleh..

blog melayu sketch

aku mulakan blog ini untuk isi hatiku seorang melayu dan mencari identiti sebenar untuk masadepan sambil aku melakarkan di kertas putih segala pemandangan yang di hadapan ku. Idea Malaysketch berasal dari buku tulisan frank swetnham