Sunday, August 22, 2010

sahabat seagama




Salah satu perkara yang saya amati di Mekah adalah bilangan manusia seluruh dunia berbagai ragam dan budaya. Saya menemui seorang bangsa Pakistan berumur 62 tahun datang ke Mekah melalui jalan darat memakan masa selama 2 bulan. berkereta sewa dan bas. Di sebelah saya dari Turki samalah macamorang Malaya naik airturkey berumur 39 tahun agak muda dah berpeluang ke mekah. Kami berbicara di hadapan kaabah sementara menunggu waktu asar. (masing-masing dah penat berzikir lagaknya). Saya bertanyakan si turkey berapa anaknya" 3 orang" jawabnya dan saya ada "5 orang" maka si turkey senyum .. ramai tu..tapi saya katakan "nanti dulu..kita tanya si Pakistan" dan sememangnya dia juara "9 orang!!!" Kami ketawa bersama di hadapan Kaabah, kemudian azan berkumandang dan kami menjalankan ibadah masing masing..

Friday, August 20, 2010

You tube dan ikhram


agag sukar mulanya nak pakai ikhram pusing sana pusing sini dan saya bertanya adik saya macammana nak pakai? Jawabnya tengok YOUTUBE. memang betul mudah sahaja....

Thursday, August 19, 2010

depan kaabah




inilah kaabah dan manusia di hadapannya. perasaan kasih dan insaf.


Wednesday, August 11, 2010

masjid tanaem


kami sampai ke mekah dahulu maka selesai umrah keesokan paginya kami perlu melakukan mikat di kawasan tanah halal. yang terdekat mesjid tanaem 7 km dari mekah. menyewa kereta kosnya 50 rial (pergi balik kena tawar menawar lagi) katanya ..tapi takut dia hantar pergi balik kena tinggal( jahatnya hati aku) rupanya tak begitu . Kalau naik van lebih kurang 3 rial sekali lalu. Masjid ini banyak sejarahnya dan sejak zaman otoman dah banyak perubahan. Semua mesjid aircondition. Tanda mikat zaman otoman masih kelihatan di tengah highway. Oh ya kalau ke tandas biasalah macam tandas mesjid kat Malaysia rupanya..




beserabut keliling kaabah

kerja pembinaan untuk mekah 2020 berjalan rancak nampaknya berserabut dan berhabuk. Paling baik masuk masjidil haram lega rasanya..