Wednesday, October 7, 2009

restoren melayu daaaa..


sebelum berbuka semasa bulan puasa semalam aku menunggu anak anak ku pergi kelas tusien di hadapan restoren Melayu kepunyaan artis Melayu. Aku tengok Minah waitress ni di depan restaurant berat bontot betul. Berborak selama setengah jam, tak pernah diri, pelanggan masuk pun dia tetap di depan ..memang cute minah ni tak lama lagi aku rasa dia masuk TV ke akademi fantasia ke..jiwanya tak sesuai betul kerja kat restoren ni..kalu macam ni alamatnya bungkuslah ..tapi agaknya sedara taukeh kot. Sebelahnya restauran nasi kandar..tak ada pulak pekerjanya ynag menebeng..jadi aku lakarkan lah minah ni best betul boleh posing setengah jam geng...bak kata P Ramlee Restoren Melayu daaaaa...

Sunday, September 27, 2009

Parit Besar bagan


Selamat hari raya semua . saya dapat balik kampung raya...ayahoo. Pegi Pt besar bagan nampak kedai basikal saya dulu... Kalau pancit kedai nilah ynag betulkan ..malangnya inilah satu kedai seberang jalan yang tinggal sebelahnya dah roboh. maklumlah kat BP dah ada Carrefour, Parkson tak mainlah kedai basikal ni.. saya lakarkan unutk kenangan takut tahun depan dah tak de..Kampungku dah berubah.. oh tua nya saya...

Thursday, September 17, 2009

Sunday, September 13, 2009

akhir ramadan


hampir sebulan berpuasa aku masih bergelut untuk memperbanyakan ibadat. Satu perjuangan yang sukar dan pendakian yang mencabar. Anak bongsuku beriya sangat nak belajar mengaji yasin sedangkan baru belajar iqra' ... Isteriku melayannya...

Friday, September 4, 2009

ba...lik..kampung...


puasa setengah bulan raya menjelang balik kampung jadi ingatan. Saya lakarkan lukisan kg bagan tempat ikan mendarat.....

Wednesday, September 2, 2009

obama


Lama saya tak dengar berita Presiden Obama. Semasa menjadi presiden Amerika banyak sungguh harapan Muslim padanya. Beliau di anggap banyak menyediakan perubahan unutk Amerika. Namun setelah menjadi Presiden selama beberapa bulan agak menghampakan. Semalam beliau mengadakan jamuan berbuka puasa di white house dan sama bunyinya ingin menjalin persahabatan dengan dunia Islam. Hakikatnya Israel masih meluaskan jajahannya kem gitmo masih seperti biasa. Iraq, Afghanistan dan Pakistan masih bergolak. Negara Arab masih di bawah gengamanya. Orang Islam masih di pergula gulakan lagi. Orang Islam kena bangun sendiri bukan mengharapkan orang. Ekonomi , pengetahuan dan peningkatan hidup dan berdisplin nadi utama. Allah menyediakan bulan ramadhan untuk kita berfikir dan memulakan penghidupan semula kalau tak cukup ada Hijrah, namun hakikatnya orang Islam dan pemimpinnya masih tidur.

Tuesday, September 1, 2009

untuk ayah di bulan ramadan ( terimakasih mak)

entah kenapa ayah semakin emosional
ayah semakin lupa,
doktor kata alzheimer's
ayah kadangkala semakin bengkeng
kasihan mak yang buat itu dan ini,
makan minum, ayah hanya tenung pada mak,

kunci rumah pun ayah dah lupa,
apatah lagi nak bayar bil letrik,

peliknya ayah tak lupa cangkul,
ayah tak lupa koran buruknya,
ayah tak lupa sejadah dan serban nya,
ayah bercerita pasal perang Jepunnya yang berulang ulang bosan lagaknya,

kadang kala ayah menangis melihat kami tersembul sedikit dari laluan biasa,

tapi ayah percayalah,

kami tak pernah lupa
ajaran koran yang ayah ajar selepas solat maghrib,
lagu azan yang ayah dendangkan
ajaran sejarah dan bahasa yang ayah tekankan
sabar ayah menunggu untuk sembahyang jemaah
kasih sayang pada anak dan isteri
mahupun membanting tulang untuk membela nasib keluarga


mungkin ingatan ayah dah tak ada tapi
percayalah ingatan itu kini berada di fikiran kami
kami tak akan lupakan untuk ayah

semuga esok ingatan ini akan berlarutan ke cucu ayah

terimakasih ayah
selamat berjuang kami ucapkan untuk ayah melalui liku hadapan
terimakasih mak kerana berada disisinya...