Wednesday, August 11, 2010

masjid tanaem


kami sampai ke mekah dahulu maka selesai umrah keesokan paginya kami perlu melakukan mikat di kawasan tanah halal. yang terdekat mesjid tanaem 7 km dari mekah. menyewa kereta kosnya 50 rial (pergi balik kena tawar menawar lagi) katanya ..tapi takut dia hantar pergi balik kena tinggal( jahatnya hati aku) rupanya tak begitu . Kalau naik van lebih kurang 3 rial sekali lalu. Masjid ini banyak sejarahnya dan sejak zaman otoman dah banyak perubahan. Semua mesjid aircondition. Tanda mikat zaman otoman masih kelihatan di tengah highway. Oh ya kalau ke tandas biasalah macam tandas mesjid kat Malaysia rupanya..




beserabut keliling kaabah

kerja pembinaan untuk mekah 2020 berjalan rancak nampaknya berserabut dan berhabuk. Paling baik masuk masjidil haram lega rasanya..

Thursday, July 29, 2010

mekah 2

hari pertama melalui pintu utama ke mekah mendebarkan kami. Keadaan sekeliling agak tenang berduyun orang masuk ke masjid sewaktu masuk waktu . Kami tiba dulu untuk mengerjakan tawaf dan sembahyang sunat. letih menaiki kapalterbang tak terasa. Suspen macam nak ambik result periksa...namun hati menjadi gembira tak terhingga melihat kaabah.

Friday, July 16, 2010

Umrah






aku bepeluang menunaikan umrah awal tahun 2010 satu peristiwa yang sungguh bermakna . Ini kali pertama aku ke Mekah dan agak terlewat keran masalah kesihatan keluarga. Alhamdulillah sungguh teruja dan berbahagia menunaikan umrah. Aku semadikan lakaran di mekah dan madinah untuk tatapan semua.

Tuesday, July 13, 2010

lagi hal Pak Samad

Dari Face book Pak Samad aku lakarkan wajah serabut Pak Samad. Kenapa ye Pak...? Maafkan aku kerana tak membaca semua karya Pak salina pinkie dll..masa nya suntuk. Kadang kala anak aku tersasul pak Samad Said atau Pak Samad Ismail?.. Adakan ornag lain pun sama keliru..Tapi yang pastinya ini orang Melaka.

bernyawa semula merajuk seni

dah lama saya tak menulis di blog walaupun saya tak henti melukis. Bukanya merajuk seni macam Pak samad (tak sampai ke liga pak Samad) tapi mangsa masa yang terlalu laju untuk di kejar. Saya melakar dan menulis kerana banyak membaca perihal Pak Samad insan dari Melaka yang banyak mengeluarkan kata kata dan kini melakar dan mecakar...terima kasih pak Samad kerana menyedarkan saya.

Wednesday, October 7, 2009

restoren melayu daaaa..


sebelum berbuka semasa bulan puasa semalam aku menunggu anak anak ku pergi kelas tusien di hadapan restoren Melayu kepunyaan artis Melayu. Aku tengok Minah waitress ni di depan restaurant berat bontot betul. Berborak selama setengah jam, tak pernah diri, pelanggan masuk pun dia tetap di depan ..memang cute minah ni tak lama lagi aku rasa dia masuk TV ke akademi fantasia ke..jiwanya tak sesuai betul kerja kat restoren ni..kalu macam ni alamatnya bungkuslah ..tapi agaknya sedara taukeh kot. Sebelahnya restauran nasi kandar..tak ada pulak pekerjanya ynag menebeng..jadi aku lakarkan lah minah ni best betul boleh posing setengah jam geng...bak kata P Ramlee Restoren Melayu daaaaa...